Macam-macam soalan yang saya dapat sempena pelancaran panduan FBA esok jam 8 malam antaranya :
1) Sesuai ke panduan ni untuk yang baru nak bermula atau yang takde apa-apa pengalaman menjual di Amazon?
Ya sangat sesuai sebab itu lah nama panduan ni FBA Zero to hero, malah saya tak galakkan beli untuk mereka yang dah mahir atau dah berjaya buat jualan yang lumayan di Amazon
2) Berapa modal kalau nak bermula
Macam yang saya beritahu sebelum ni.. modal yang anda keluarkan ialah barang yang anda beli.. yang ni subjektif sebab bergantung berapa banyak barang dan jenis barang yang anda nak jual..
Jika produk anda tu harga kos dia ialah RM50 anda beli 20 unit maka modal anda ialah RM1000
3) Berapa pula kos mentenan nak berniaga di Amazon ni?
Anda perlu bayar sebanyak USD39.90 setiap bulan untuk akaun profesional sebagai seller amazon.. caj ni akan dikenakan apabila anda sudah mempunyai listing yang aktif… anggaplah caj ini seperti sewa tapak anda meniaga..
Walaupun ada option yang lebih murah iaitu akaun individu yang dikenakan caj sebanyak USD5 untuk setiap 5 item yang terjual saya tak galakkan sebab terlalu banyak limitation berbanding akaun profesional
Rujuk sini : https://www.smartscout.com/blog/professional-vs-individual-seller-plan
Selain itu caj lain ialah caj pengurusan FBA, yang ni akan ditolak dari jualan produk anda.
4) Currier apa nak pakai nak pos barang dari malaysia ke warehouse amazon?
Saya sarankan anda guna UPS ataupun FEDEX.. cuma digalakkan anda daftar akaun currier untuk dapatkan rate yang lebih rendah.. yang ni anda memerlukan akaun SSM .. kalau takde anda boleh walk in macam biasa tapi caj dia akan sedikit mahal.
5) Kena run iklan untuk naikkan reach listing kita tak?
Tak perlu sebab kita jual barang yang memang ada permintaan, dan kita akan kaji jumlah pesaing sekali.. kita juga menggunakan akaun profesional & juga FBA yang mana ada kelebihan dari segi TRUST dan juga ORGANIC TRAFFIC..